Thursday, 31 December 2015

Marilah Berbekam


Dari Ibnu 'Abbas r.a, dari nabi Muhammad s.a.w : " Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan 3 hal; berbekam, minum madu, dan dibakar dengan besi panas. Tapi aku melarang umatku membakar dengan besi itu." (Sahih Bukhari)

Bekam adalah satu kaedah mengeluarkan toksik melalui darah kotor dari permukaan kulit. Bekam mempunyai pelbagai kebaikan dan diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Antara kebaikan berbekam :

1) boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang

2) Memperbaiki aliran pembuluh darah

3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot

4) Membantu mengurangkan risiko angin ahmar

5) mengeluarkan darah toksik dan melancarakn peredaran darah

6) Membantu mengatasi pening dan migrain

7) Hilangkan Stress dan tekanan

8) Mengatasi kemalasan, kelesuan, dan penyakit kuat tidur

9) Membantu menajamkan penglihatan

10) Membantu memecahakan lemak, peluh dan melegakan badan





I

Ingin berbekam... Hubungi Dr Hisham (0132633732)







Wednesday, 30 December 2015

Homeopathy

Perubatan Homeopathy adalah berlainan benar dengan cara perubatan yang lain. Tujuannya adalah untuk memberikan kesembuhan yang sebenar-benarnya. Mengikis dan menghilangkan penyakit itu dengan sempurna. Homeopathy ialah diasaskan di atas undang-undang tabi’i atau natural law yang telah ditetapkan oleh Tuhan yang tidak akan bertukar dan berubah-ubah.


Ubat atau penawar Homeopathy itu bekerja segera atau memberikan kesembuhan disebabkan kuasa penyembuhan itu bergantung kepada kuat atau lemahnya kuasa hayat seseorang itu. Ramai yang tidak faham bagaimana rawatan Homeopathy boleh mengubat jiwa, menguatkan jiwa yang lemah dan menghilangkan perasaan sedih, mengubah watak yang baran, merawat anak-anak yang bebal dan sebagainya. Sebenarnya setiap penawar Homeopathy ada profile emosi dan psikologinya tersendiri dan mampu mengubah watak dan perangai yang bermasaalah. 


Perubatan Homeopathy menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan, terutama selepas pesakit gagal menyembuhkan penyakit mereka melalui kaedah perubatan biasa. Bagaimana pun, masih ramai yang tidak tahu atau kurang faham apa sebenarnya kaedah perubatan Homeopathy dan bagaimana ia berbeza dengan kaedah perubatan biasa. Perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy tidak menggunakan dadah dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan semulajadi berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan. Disebabkan bahan untuk membuat ubat Homeopathy adalah berasaskan herba, ubat Homeopathy tidak mempunyai kesan sampingan kepada pesakitnya.










Mari Kenali Kami

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Homepathy, Rawatan Islam & Alternatif Sungai Besar beralamat di No 45, Jalan tp-01, Taman Perdana, 45300 Sungai Besar, Selangor. Rawatan Islam MenggunakanAl-Quran dan As-sunnah (As-Syifa dan Tibb Nabawi), refleksologi, herbalogi, bekam inovatif, fisiologi dan psikologi (rawatan masalah stress dan kejiwaan), ubat-ubatan homeopati.

Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan merawat masalah gangguan sihir, santau, gangguan jin dan syaitan, menyediakn perkhidmatan pendinding dan memagar rumah, pemanis, pelaris dan rawatan rawatan resdung kaedah gurah. In Sha Allah.

Sebarang pertanyaan mengenaia rawatan kami boleh hubungi Dr Hisham (0132366732)