Wednesday, 28 February 2018

BEKAM KETIKA BERPUASA




HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA
Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum berbekam semasa puasa , adakah membatalkan puasanya atau tidak. Ada dua pendapat berkenaan masalah ini:
PENDAPAT PERTAMA: Berbekam tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Syafie , Maliki dan Hanafi.
DALIL PENDAPAT INI:-
1. Hadis dari Ibnu Abbas:
أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم
“Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” Hadis sahih Bukhari
2.
رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة
“ Rasulullah saw membenarkan bercium dan berbekam bagi orang yg berpuasa.”
Riwayat imam Ad-Dar qutni dan beliau berkata “Perwainya semuanya thiqah”
PENDAPAT KEDUA: Berbekam membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Hambali, Ibnu Taymiah, Ibnul Qayyim, Ibnul Munzir, Auza’ie, Ibnu Khuzaimah dan Addarimi.
DALIL PENDAPAT INI:-
1.
حديث شدّاد ورافع بن خديج رضي الله عنهما مرفوعاً : ( أفطر الحاجم والمحجوم ) أحمد وأبو داود والترمذي وحسنه وابن ماجه.
Hadis Nabi saw dari Syaddad dan Rafie’ bin khadij:
“ Tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya.”

Jawapan dr ULAMA JUMHUR
“ Hadis ini dimansukhkan hukumnya dgn hadis yang menyatakan Nabi saw berbekam semasa puasa. Ini kerana hadis syaddad adalah semasa hari pembukaan kota mekah dan hadis ibnu abbas adalah semasa haji wada’ (perpisahan).


KESIMPULAN
Pendapat yg lebih kuat ialah puasa tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya melemahkan tubuh. Berikut adalah hadis yg menguatkan ini:
أن أنساً -رضي الله عنه- سُئِل: أكنتم تكرهون الحجامة للصائم؟ قال : لا، إلا من أجل الضعف.
“ Sesungguhnya Anas ra ditanya : Adakah kamu (para sahabat) menghukum makruh berbekam bg org yg berpuasa. Anas menjawab “ Tidak kecuali sekiranya tubuhnya lemah untuk berpuasa.”
Hadis sahih Bukhari.

sumber: https://darulilmi.org/2012/07/21/hukum-berbekam-semasa-puasa/


Monday, 26 February 2018

RAHSIA BEKAM UNTUK PENYAKIT JANTUNG




Penyembuhan Penyakit Jantung Dengan Bekam


      Penyembuhan penyakit jantung sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara pengubatan, salah satunya dengan cara berbekam. Sudah banyak yang tahu tentang pengubatan ini. Bekam ini adalah salah satu jenis pengubatan tradisional yang menggunakan alat vakum bekam, mahupun gelas yang dimasukki api untuk menyedut darah kotor agar keluar dari tubuh melalui permukaan kulit. Dalam dunia perubatan, bekam disebut sebagai "Oxidant Release Therapy". Pada kebiasaanya bekam ini digunakan untuk mengatasi masuk angin dan juga menghilangkan pegal. Namun, pengubatan yang sudah dilakukan sejak zaman kerajaan Sumeria ini juga diketahui boleh menyembuhkan penyakit berbahaya seperti penyakit jantung.


Di Mana Titik Bekam Selalu Dilakukan???


Monday, 19 February 2018

MANFAAT REFLEXOLOGY



Assalamualaikum wbt ......

Apa itu refleksologi????


Refleksologi ialah kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan tekanan pada titik tertentu pada kaki yang dipercayai seterusnya akan memberikan tindakbalas pada bahagian badan yang lain . Teknik ini boleh melibatkan kaki, kepala, telinga atau tangan. Walaubagaimanapun kaki adalah tapak yang paling digunakan untuk memulakan rawatan ini.



Moga bermanfaat.... (^_^)






HUBUNGI KAMI SEKARANG !!!

MAKLUMAT DIRI:

NAMA PENUH: DR. MOHD HISHAM BIN SURGI

UMUR: 44 TAHUN

JANTINA: LELAKI

NOMBOR TELEFON: 013-2633732

KELULUSAN: 1. PhD PENGURUSAN PENDIDIKAN (SAMBILAN) - UPSI
           2. PhD IN HOMEOPATI KOLEJ HOMEOPATI TELUK INTAN - OPEN 
              INTERNATIONAL UNIVERSITY
           3. SARJANA PENGETUAAN - UM
           4. SARJANA MUDA PSIKOLOGI/SAINS POLITIK - UKM
           5. DIPLOMA SYARIAH - API,UM
           6. SIJIL/DIP. PERGURUAN PENGAJIAN MELAYU - MPKI
           7. SIJIL PENTADBIRAN ISLAM - UITM
           8. TAULIAH GURU AGAMA ISLAM - JAIS 

PEKERJAAN SEKARANG: PENGASAS, KOLEJ PENGAJIAN TINGGI ISLAM AL-INSANIAH

Sunday, 18 February 2018

PROMOSI HEBAT


Assalamualaikum wbt...


RAWATAN ISLAM & HOMEOPATHY SUNGAI BESAR kini kembali !!!! 



Untuk sebarang pertanyaan dan temu janji sila hubungi/whatsApp :

Dr. Ustaz Mohd Hisham Bin Surgi : 013-2633732 
Cik Fatin Atma : 0196121763




DOA APABILA DITIMPA SAKIT:

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ، عَنْ مُسْلِمٍ، عَنْ مَسْرُوقٍ، عَنْ عَائِشَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُعَوِّذُ بَعْضَ أَهْلِهِ، يَمْسَحُ بِيَدِهِ اليُمْنَى [ص:133] وَيَقُولُ: «اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ البَاسَ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا» 



Maksudnya: "Ya Allah, Tuhan sekalian manusia,, Hilangkan penyakit ini. Sembuhkanlah, sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan kecuali kesembuhan yang datang dari-Mu, Kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit." (no.hadith: 5743, Sahih Bukhari)



Moga Bermanfaat.. (^_^)

DALIL SAHIH UNTUK BEKAM