Tuesday, 27 March 2018

RAWATAN PENYAKIT SAKIT DADA - SESAK NAFAS

Assalam alaikum wbt, salam ceria semua😇

Kali ni Rawatan Islam & Homeopathy Sungai Besar ingin berkongsi doa merawat sakit dada - sesak nafas:

1) Surah Al-Fatihah
2) Ayatul Kursi
3) Al-Muawwizat (surah Al-Ikhlas, surah An-Nas & Surah A-Falaq)
4) Surah Al-Insirah
5) Surah Al-An'am ayat 125
6) Surah Az-Zumar ayat 22
.
.
.
.
Jom ikhtiar sihat dengan kami di Rawatan Islam & Homeopathy Sungai Besar sekarang!!!!😍

Monday, 12 March 2018

IKHTIAR MERAWAT PENYAKIT RESDUNG

Assalam alaikum wbt .. selamat pagi dan salam ceria semua 😇😇
Hari ini kami ingin berkongsi dengan anda semua doa merawat PENYAKIT RESDUNG ..

(1) Surah Al-Fatihah
(2) Selawat Syifa'
(3) Baca 7x doa berikut sambil tangan kanan memegang hidung
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِن شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحاذِرُ
Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan yang ku alami dan aku takuti.
(4) Baca 7x doa berikut juga sambil tangan kanan memegang hidung
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Surah Al-Israa' ayat 82)

Moga bermanfaat ^^

DR HISYAM MERAWAT PESAKIT BATU KARANG

Pada Hari Sabtu yang lalu 10 Mac 2018 , Dr Hisyam Surgi telah merawat pesakit yang menghidapi penyakit batu karang secara perubatan Islam .



Doa kencing Manis



Untuk rawatan penyakit Kencing Manis, kombinasi bacaan doanya ialah:

(1) Surah Al-Fatihah

(2) Doa 

اللهم رب الناس مذهب البأس، إشف أنت الشافي، لا شفاء إلا شفاءك، شفاء لا يغادر سقما ولا ألما الا شفاه. 

Ya Allah, Tuhan (Yang Memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan kecuali kesembuhanNya.

(3) Doa 'llaj Ilahi (علاج الهي) 

ربنا الله الذي في السماء، تقدس اسمك أمرك في السماء والأرض، كما رحمتك في السماء فاجعل رحمتك في الأرض، واغفرلنا 
حوبنا وخطايانا، أنت رب الطيبين، أنزل رحمة من عندك وشفاء من شفاءك على هذا الوجعز

Tuhan kami Allah yang berada di langit (hakikatnya Allah tidak bertempat), Maha Suci namaMu, urusanMu di langit dan bumi. Sepertimana rahmatMu terdapat di langit, maka anugerahkanlah rahmatMu di bumi, dan ampunilah bagi kami, dosa dan kesalahan kami. Engkau adalah Tuhan yang Maha Baik. Turunkanlah rahmat dari sisiMu, dan kesembuhan daripada kesembuhanMu terhadap sakit ini.

(Dipetik dari buku karangan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat Dan Doa-Doa Mustajab)

#selamatmencuba
#thekeyisYAKIN

Wednesday, 7 March 2018

PENDINDING DENGAN SURAH AL-FATIHAH

BENTENG PERTAHANAN DIRI:

Pendinding dengan SURAH AL-FATIHAH:-

*Amalkan bacaan surah Al-Fatihah setiap hari selepas solat fardhu 5 waktu.

*Niatkan bacaan surah Al-Fatihah ini agar Allah SWT menjadikannya sebagai pendinding diri.

*Sebagai permulaan untuk amalan ini lakukan seperti berikut;
1.Surah Al-Fatihah dibaca 1x sahaja setiap kali selepas solat fardhu untuk hati yang pertama.
Contoh: Katakan amalan ini bermula pada waktu subuh hari Selasa. Selepas selesai wirid dan doa selepas solat Subuh, baca 1x surah Al-Fatihah dengan niat di atas. Diikuti juga apabila selesai Fardhu Zuhur, Asar, Maghrib, & Isyak.

2.Untuk hari yang kedua, selepas solat fardhu (bermula dengan waktu Subuh) baca 2x surah Al-Fatihah dengan niat yang sama.

3.Begitulah seterusnya sehingga sampai hari Isnin. Pada hari Isnin bermakna surah Al-Fatihah dibaca 7x setiap kali selesai solat fardhu.

4.Pada hari-hari seterusnya kekalkan bacaan surah Al-Fatihah sebanyak 7x setiap kali selepas solat fardhu.

5.Ini bermakna setiap hari hendaklah membaca surah Al-Fatihah sebanyak 35x dengan niat sebagai pendinding diri. Bacaan dengan niat yang demikian dibaca setelah selesai wirid & doa selepas solat.

Dipetik dari buku IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN AYAT-AYAT DAN DOA-DOA MUSTAJAB, ditulis oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.

Moga bermanfaat (^_^)