BENTENG PERTAHANAN DIRI:
Pendinding dengan SURAH AL-FATIHAH:-
*Amalkan bacaan surah Al-Fatihah setiap hari selepas solat fardhu 5 waktu.
*Niatkan bacaan surah Al-Fatihah ini agar Allah SWT menjadikannya sebagai pendinding diri.
*Sebagai permulaan untuk amalan ini lakukan seperti berikut;
1.Surah Al-Fatihah dibaca 1x sahaja setiap kali selepas solat fardhu untuk hati yang pertama.
Contoh: Katakan amalan ini bermula pada waktu subuh hari Selasa. Selepas selesai wirid dan doa selepas solat Subuh, baca 1x surah Al-Fatihah dengan niat di atas. Diikuti juga apabila selesai Fardhu Zuhur, Asar, Maghrib, & Isyak.
2.Untuk hari yang kedua, selepas solat fardhu (bermula dengan waktu Subuh) baca 2x surah Al-Fatihah dengan niat yang sama.
3.Begitulah seterusnya sehingga sampai hari Isnin. Pada hari Isnin bermakna surah Al-Fatihah dibaca 7x setiap kali selesai solat fardhu.
4.Pada hari-hari seterusnya kekalkan bacaan surah Al-Fatihah sebanyak 7x setiap kali selepas solat fardhu.
5.Ini bermakna setiap hari hendaklah membaca surah Al-Fatihah sebanyak 35x dengan niat sebagai pendinding diri. Bacaan dengan niat yang demikian dibaca setelah selesai wirid & doa selepas solat.
Dipetik dari buku IKHTIAR PENYEMBUHAN PENYAKIT DENGAN AYAT-AYAT DAN DOA-DOA MUSTAJAB, ditulis oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din.
Moga bermanfaat (^_^)
No comments:
Post a Comment